Saturday, 29 June 2013

bersyukurlah dengan apa yang ada...

Assalamualaikum dan haiii....



Org kurus : "Alamak, gemuknye Aku..!! " 

Org pandai : "Aku dapat 90 markah jer? kenapa tak 100.. 


Org cantik : "Buruk, hodohnye aku dalam gambar nie.. delete x3 !!!.. 





aku rasa setiap orang mesti pernah rasa atau berfikiran macam ni. atau mungkin tak pun. kadang2 aku pun macam ni. dulu aku selalu macam ni. sekarang ni tak sangat la. mungkin sebab aku dah insaf dan menghargai apa yang aku ada. yelah, nobodys perfect. takde orang yang sempurna pun. setiap kekurangan pasti ada kelebihan. just believe yourself and be yourself. ini pun untuk peringatan kat diriku yang tidak sesempurna mana juga. huhuhuh.. :')


“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)



Bersyukur dengan apa yang kita ada...






*sumber gambar adalah dari pakcik Google



~XOXO~

Friday, 28 June 2013

Pesta Cekelat.!!

Assalamualaikum dan haiiii...


dah lama tak update entry baru. pageviews pun dah turun mendadak. erghhh...  maklumlah, busy mengerjakan benda2 yang patut dikerjakan. hahaha..


ni semalam punya cerita. semalam kakak aku balik, and dia bawak balik coklat yang banyakkk dari Langkawi... biasalah, cekelat kat sana kan murah. ohohoho..





banyak tak? banyak tak? agaklah banyak.. aku sorang je ratu coklat kat rumah ni. kira banyaklah tu ohohoho.. heaven2. selalu aku beli satu bar coklat yang saiz kecik tu pun lambat nak habis sebab sayang nak makan punya pasal. kali ni boleh la makan banyak sikit. muahahaha...


aku suka makan coklat time tengah stress. time tak stress pun aku melantak coklat gak. hah eloklah tu. coklat dah ada banyak ni.. makin bertambah nombor kat penimbang bila nak timbang berat nanti. ciss.. diet?  no wayy. aku pasti akan kalah dengan godaan makanan yang sedap2. nasib baik badan aku still boleh maintain lagi. ohohoho..


~Happy reading and have a nice day!~

Thursday, 27 June 2013

#SEGMENT TAMBAH FOLLOWER & PENCARIAN BLOGLIST

Assalamualaikum and haiii...


takde idea nak tulis entry ape.. so join segmen jelah.. kehkehkeh...



klik banner untuk join.



bilangan followers setelah hampir 3 minggu ber-blogging. hehehe..



Tuesday, 25 June 2013

Putrajaya Floria 2013 : flowers in my heart

Assalamualaikum and haiii~~


disebabkan dah berhari2 aku dok rumah tak keluar2, jadi hari ni aku mengambil keputusan ( ceh ayat ) untuk ikut parents aku gi putrajaya. ekceli diorang ada hal kat sana. then sebab hari ini pulak ada festival bunga dan taman kat sana, apa salahnya aku join sekali. i love flowers... luaran nampak takde perasaan, tapi aku suka bunga tau. kecuali bunga tayar. bunga hutang paling aku tak suka. haram2. hahahaha..



 tadaa!! Putrajaya Floria 2013~~


lawalah bunga niii... with my bff.. hihihi...


 sana sini ada bunga.. abaikan muka aku macam orang terlebih excited tu.. =,=


 with my lovely sista.. btw, bunga kaler oren kat belakang tu lawaaa~ hehehe..


berangan tengah tunggu prince charming  naik kuda datang melamar kat taman bunga yang cantik lagi indah ni.. ohohoho... amboi3..


 kiri kanan depan belakang ada bunga orkid yang cantik2.. oh i love orchids~~



 suka yang ni.. lawa kaler purple. rasa macam nak bawak balik rumah je.. huhuhu..


 posing kat sini pun bolehh.. model bahan kitar semula. hahaha... tempat duduk tu diperbuat dari bahan2 kitar semula.. ha tengok tayar tu.. dan ketam besi tu.. kreatif dan inovatif kan. hehehe..



betalah ratu bunga orkid.. wahahahaha.. kbaii..


tahun ni first time aku pergi festival ni. selama ni tak pernah pergi pun. hehehe.. tahun ni bunga orkid diketengahkan. jadi macam2 jenis bunga orkid ada kat situ. ada yang warna purple, pink, putih.. bunga lain pun ada banyak jugak. macam2 warna ada.. rasa macam nak petik2 je. tapi tak boleh petik.. huhuhu.. 



~Happy reading and have a nice day!~

Monday, 24 June 2013

Jerebu Oh Jerebu

Assalamualaikum dan haii...


jerebu hari ni rasanya lagi teruk dari semalam. aku dah mula menunjukkan tanda2 orang nak demam.. huhuhu.. seriously aku rasa macam lemas bila kat luar rumah. it feels like kita ada dalam sebuah tempat yang penuh dengan kepulan asap, dengan jarak penglihatan pun kabur and struggle untuk keluar dari kepulan asap tu. amboi hiperbola sungguh ayat aku ni. huhuhuh.. but that's what im feeling now.


tapi semalam, ceh cerita dah basi. ah aku tak kira, aku nak cerita gak. hahaha.. semalam memang tak boleh blah. kawan2 aku semua dok pakat tengok berita dan jadi wartawan isu semasa tak bertauliah.. yang tak pernah2 tengok berita pun jadi penunggu setia sampai berita habis. ohoho..termasuklah aku kot. lepas sorang, sorang pulak tanya aku esok sekolah ke tak. lama2 jadi tension pulak. tengok berita la deyy.


piknik kat sini pun best jugak.. hehehe...



~Semoga jerebu ni cepat berakhir. Keluar jangan lupa pakai mask...~

Giveaway by Saidah dan ikhwan yusuff

Assalamualaikum w.b.t


Saidah dan ikhwan yusuff sedang mencari pemenang untuk menerima 1st giveaway By:Saidah&ikhwan yusuff.Syarat yang dikenakan cukup mudah dan senang.Klik banner untuk join.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1)Buat satu post yang bertajuk Giveaway by Saidah dan ikhwan yusuff
2)Wajib follow blog Saidah dan Ikhwan yusuff
3)Wajib Add circle google plus Saidah dan Ikhwan yusuff
4)Lastly tinggalkan komen korang kat kotok comment-Sini
5)Giveaway berakhir pada 30/OGOS/2013

HADIAH YANG MENANTI PEMENANG:
#-3 orang pemenang akan mendapat Fridge magnet&postcard daripada saidah(Diimport khas dari      Scotland)
#-2 orang pemenang bertuah akan mendapat topup RM5 setiap orang
#-4 pemenang bertuah akan direview oleh Blog ikhwan yusuff(2) dan Saidah(2)
#-4 orang pemenang akan tersenarai dalam bloglist.

Tunggu apa lagi jom join ramai-ramai.Mungkin anda yang bertuah.Click Banner for joining us!

Sunday, 23 June 2013

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Jerebu...

Assalamualaikum dan haiii...


Jerebu hari ni jerebu yang paling teruk dalam minggu ni.. tak boleh banyak sangat buat aktiviti kat luar. bila aku dok kat luar tadi, rasa macam lemas pun ada. mata aku jadi pedih semacam.. kepala pun pening2. adik aku pun dah start selesema since semalam.. nak demam letteww.



 pemandangan dari rumah aku. bukit yang punya besau tu pun dah hilang dari pandangan.






mungkinkah esok sekolah aku akan bercuti? huhuhu.. aku tengok berita tadi sekolah kat Muar dengan Ledang ditutup sebab diisytihar darurat. teruk dah tu.



agak2 kalau benda ni ada kat Malaysia boleh halakan jerebu balik gi sumatera kot.



~Jaga kesihatan. Jangan abaikan langkah2 keselamatan ketika jerebu ni..~

Saturday, 22 June 2013

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.

Tetiba kan? Angin kus2 melanda dan terajin pulak nak buat segmen... wakakakaka...rasanya dah lama dah x organize segmen simple kat Bubblynotes... So, here I come...

This segmen dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang dan peluang pada semua blogger untuk turut follow, bloghopping dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww...he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblnotes.Com bermula dari hari ini, 15/6/2013, jam 11.30 pagi SEHINGGA 22/6/2013, jam 11.30 pagi... Aci tak? *_^... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join...Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers...ahaks... stalkers pun boleh... x ada masalah...masa untuk anda menonjolkan diri... ekekekekeke....

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog bubblynotes.com.
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ni, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL+C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 23/6/2013 sehingga 23/7/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

Thursday, 20 June 2013

free time + cerpen = bila mau study?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!



minggu ni agak busy sikit dengan macam2 hal. tak dapek la den nak blogwalking macam selalu. trial dah nak dekat wehh.. study2! hahaha.. makin dekat trial, makin dah tak seimbang emosi aku. unstable everytime! 




hari ni aku free sikit, so dapatlah meluangkan sedikit masa ( cehh ayat bajet cam pm ) untuk membaca cerpen2 terbaru kat Penulisan2u. aku memang suka lepak kat sini baca cerpen. hobi aku baca cerpen. pernah ada cita2 nak buat cerpen, tapi taktau kenapa, aku rasa cerita yang aku nak tulis tu mengarut + bahasa cam bangla pun ada. hahahaha...

selalunya, kalau aku baca cerita kelakar aku gelak. kalau mengarut aku layankan je asalkan best. kalau jiwang, dengan aku2 sekali jadi jiwang. kalau cerita sweet, aku berangan. ekekeke... kalau cara penulisannye menyakitkan mata dan hati, aku tutup, kalau sedih, mata aku akan mengeluarkan sejenis bahan yang dipanggil cecair. lebih tepat lagi airmata. choiii.. perlu ke explain sampai macam tu? hahaha.. aku memang emosional sikit bila tonton @ baca cerita sedih. tapi kat luar, kawan2 aku kata aku ni cam takda perasaan.. kalau gitu maknanya aku ni tak kuat perasanlah kann.. hehehehe...

bawak2lah study ayu.. trial nak dekat ni. tak sampai 2 bulan je lagi ni ayu oiiiii... 


*sumber gambar adalah dari pakcik Google



~All is Well. Happy reading and have a nive day!~

Monday, 17 June 2013

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!


Hari ni aku ingat boleh la semak result exam pertengahan tahun aku kat SAPS. bagi siapa2 yang taktau SAPS ni menatang apa, SAPS ( Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ) ni boleh klik kat sini >> http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ <<  merupakan satu sistem yang membolehkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak mereka secara online. zaman sekarang semua online. maklumat di hujung jari katakan. huhuhu...

setakat ni yang aku tau, sistem ni hanya menyediakan semakan bagi pelajar tahun 4, 5 dan 6 untuk sekolah rendah dan tingkatan 3, 4 dan 5 untuk sekolah menengah. sistem ni mula diperkenalkan masa aku tingkatan 3. kiranya tahun aku merupakan batch pertama yang guna sistem tu. bangga jap. hehehe.. tapi tak payah nak bangga sangat la, kalau kengkawan tau no I/C aku,  kawan aku tu pun boleh semak sekali result aku. bahaya betul. karang kantoi lak result exam hancuss. haha...

kalau ikut dalam surat, hari ni boleh tengok. tapi cikgu aku cakap sistem tu still dalam penyelenggaraan dan cikgu pun tak boleh nak key in markah lagi. dia cakap mungkin 30/6 baru boleh guna balik. huhuhu.. terpaksalah tunggu sampai 30/6..  tak tenang hidup aku macam ni. dahlah banyak markah exam aku taktau lagi.. TT____TT


comel pulak aku tengok toyol putih bertopi kuning tu. hahahah..


~All is Well. Happy reading and have a nice day!~

Sunday, 16 June 2013

Review Novel: Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

aku beli novel ni dah lama dah. beberapa bulan yang lepas...


                           review novel, Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu, Sara Aisha, novel

sinopsis novel Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu :

"Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?"

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

"You're more than just Karn Klaharn. Siapa... Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terlibat dengan semua ini?!" -Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

"Izinkan saya jaga awak... Izinkan saya lindungi awak, Dian..." - Karn Klaharn

Dalam usahanya 'menyelamatkan' Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Di antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

"Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia. I would do anything for her..."

komen aku: 

aku mula2 baca novel ni kat blog penulis dia.. klik sini >> http://watashinosara.blogspot.com/ << tapi versi novel dengan dalam blog lain.. banyak yang telah diubah dan makin best!

aku suka gaya penulisan Kak Sara Aisha. novel dia lain dari yang lain. novel dia mesti ada watak orang asing dari luar negara. macam dalam novel ni, hero dia orang Thailand. sejak aku baca novel ni, persepsi aku terhadap orang Thailand terus berubah. aku mula jadi suka kat orang Thailand dan berharap suatu hari nanti aku pun nak pergi Thailand. . hehehehe.. novel ni jugak ada sedikit unsur aksi. macam dalam filem aksi pun ada. 

aku suka watak hero dia, Karn Klaharn. sebab dia la aku asyik2 ulang baca banyak kali. hahaha.. dia sangat melindungi Dian dan jaga Dian sepenuh hati. but then lama2 aku rasa Karn ni macam mengongkong pun ada jugak. actually Karn buat semua ni untuk jaga keselamatan Dian since Karn dapat ugutan dari seseorang yang mengugut untuk mencederakan orang disekeliling Karn. novel ni banyak unsur saspens dan aku memang tak sangka betul ending untuk novel ni. 

aku bagi 5/5 bintang untuk novel yang awesome ni. takde part yang membosankan dan tak banyak klise. unsur suspens dia sangat menarik. 

~All is Well. Happy reading and have a nice day!~

Saturday, 15 June 2013

Photoscape, GIMP dan Rupa baru!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

perasan sesuatu tak? betulkah ni blog Ayu Idayu? semalam tengok still serabut lagi. hari ni tengok dah lain. salah blog ke ni? ohohoho.. tidak2. inilah blog Ayu Idayu. yeah! memang dah lain. aku dah ubah banyak benda. lawak tak lawa tak? *buat muka comel* buang tebiat dah aku ni. blog tu bukan femes sangat pun. tampo kang. 

disebabkan semalam aku rasa stress dan mood pun down gila, jadi aku pun mengambil insiatif untuk melakukan benda2 macam ni. eh bukan patut kalau orang mood tengah baik je ke yang suka buat benda2 ni? ape ke peliknya buat benda ni time tengah takde mood? hahaha.. aku ni pelik sikit. kalau ada angin nak buat benda tu, tak kira tengah bad mood ke, ada mood je semua aku bantai buat. ohohoho..

aku design header & menu tab baru ni pakai software gimp dan photoscape. aku dah download software gimp dari  minggu lepas since software ni boleh edit background jadi transparent selain dari software photoshop yang aku dah try download berkali2 namun hanya membuang karen je. huh! nyampah mak. *kipas2*


untuk download gimp ni, boleh klik kat sini -->> http://www.gimp.org/downloads/ . lepas tu, klik perkataan download GIMP 2.8.4.





 untuk download photoscape boleh klik kat sini --->>  http://www.photoscape.org/ps/main/download.php . klik salah satu button kat sebelah kiri tu.. dua2 sama je. aku klik button yang kaler hijau tu..




aku suka pakai dua2 software ni. *bajet posing ala2 duta produk jap.* hahahaha...


~All is Well. Happy reading and have a nice day!~

Thursday, 13 June 2013

Chemistry... Mengapa?!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!



Dah lama tak update entry baru ni. hahaha.. terima kasih banyak2 kepada pengomen2 yang sudi baca dan komen sekali entry2 lepas aku yang tak seberapa ni.. huhuhu...


minggu ni banyak dapat kertas exam je. jadi, aku cerita pasal kertas exam jelah. ohoho... kali ni aku nak cerita pasal subjek yang paling aku rasa aku lemah... huhuhu.. entah mengapa, entah bagaimana, aku rasa blank tiba2 bila tengok soalan2 chemistry. bukan aku tak baca + buat latihan.. aku buat je semua tu. mungkin aku tak cukup buat latihan kot... kena push lagilah pasni. 





penerangan mengenai gambar diatas : mula2 aku pun blur jugak. kenapa dia mati?? then baru aku dapat tangkap. yang kawan dia tu order H2O, yang dia pulak order H2O too (H2O2). hahahaha... -______-'''


seriously aku cakap, subjek lain semua okey. sampai je kat subjek kimia, aku tersangkut kat sini. mengapa? mengapa? mengapa? ceh terdramatik pulak. hahaha.. 


pasni mungkin aku kena lebih banyak bertanya kat orang yang pandai subjek ni. sapa pandai kimia kat sini? boleh tolong tuisyenkan aku tak?? hahaha...



*sumber gambar adalah dari pakcik google


~ All is Well. Happy reading and have a nice day!~

Tuesday, 11 June 2013

Zombie.....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!


Hari ni macam-macam bad news aku dengar. pasal kawan-kawan, sekolah dan tugas yang telah diamanahkan kepada aku. 

apsal zombie? hahah.. alkisah, kawan-kawan aku yang lepas dah dapat kertas exam tiba2 jadi macam zombie. you know zombie? yeah. macam mayat hidup. kalau mayat tak hidup tu boleh jugaklah aku tanam. hahaha.. yelah, muka semua macam muram je. sampai aku pun rasa macam nak jadi zombie.




aku rasa rupa aku sekarang macam ni la kot. hahahah..


pasal sekolah tu ekceli takde hal sangat. saje je mention sekolah tu. hahahah...

cuma bila fikir pasal tugasan tulah yang membuatkan aku rasa macam nak jadi the real zombie. hahaha. minggu ni kena banyak perah otak untuk event yang akan datang tak lama lagi. dahlah discus pasal event tu dengan kengkawan yang dah jadi separuh zombie, memang dengan aku2 sekali jadi zombie makan otak. otak..... otak..... otak.... 

huhuh.. i need some ideas.... ideas... ideas... hahah.. 

*be strong Ayu! you can do it! believe yourself!*


*sumber gambar adalah dari pakcik Google.


~ All is Well. Happy reading and have a nice day!~

Monday, 10 June 2013

Pukul 4 pagi & Study

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!


Bulan 5 hari tu, sebulan tu exam. peperiksaan pertengahan tahun. sebulan tu exam, sebulan tu jugaklah aku bawak beg ringan. ohoho.. tapi sebulan tu jugaklah aku berkorban masa tidur aku semata-mata nak bangun pukul 4 pagi untuk study. biasanya waktu exam yang penting macam ni aku akan bangun pukul 4 pagi. benda ni aku dah amalkan dari masa aku amik pmr lagi. seorang pelajar yang ingin mencapai kejayaan mestilah selalu berkorban. macam aku ni hah.. choiii. hahahaha..




aku suka study time2 macam ni. rasa macam otak aku boleh serap semua benda yang aku baca. hehehe.. bukan aku tak suka study waktu petang2 atau malam2, tapi otak aku time tu entah mengapa jadi tepu tiba2. so aku lebih suka buat homework time2 macam tu. 


hari ni aku dapat result hasil dari perjuangan aku untuk sebulan haritu. cehhh. ayat macam apa ntah. hahaha. tapi tak semua la aku dapat. aku baru dapat kertas bm, bi dengan sejarah. bm dengan sejarah tu subjek feveret aku. and alhamdulilah, tiga3 subjek yang aku dapat hari ni, setakat ni memuaskan hati aku. yang lagi 7 subjek tu hancus aku taktau lah apa jadi. huhuhuh...


harap2 okeylah. untuk sejarah tu, aku rasa tak rugi aku bangun pukul 4 pagi semata2 nak baca buku teks sejarah tu. aku memang tak pakai buku rujukan untuk sejarah. sebab yang pertama, kakak aku dah ada buku teks sejarah ting. 4 dengan ting. 5 masa dia amik spm 6 tahun lepas. hak milik persendirian okeyy.  hahaha.. yang kedua, sebab buku teks tu dah siap highlight lagi dengan label fakta & huraian sekali. senang aku nak baca. ohohoho.. yang ketiga, aku tengok soalan2 tahun lepas pun tak lari dari apa yang ada kat dalam buku teks tu. jadi mengapa harus aku bazirkan duit beli buku rujukan yang mahal2 ? cehhh.. apsal ayat aku macam ikut skema dewan bahasa & pustaka ni? hahahaha..






soalan sejarah ni kalau aku perhatikan buku soalan tahun2 lepas yang aku beli, tak pernah kot keluar soalan luar alam dari topik buku teks. kecuali soalan yang kbkk tulah. tapi itu pun agak senang la jugak kot. sebab itulah aku suka jawab kertas sejarah walaupun waktu belajar sejarah aku selalu tido. mintak maaf cikgu, entah mengapa, entah bagaimana dan entah apa-apa, otak saya otomatik dah set yang waktu sejarah tu waktu tidur. tapi apa2 pun saya sayang cikgu. muah3. hehehe...



kepada kawan2 aku yang result agak kurang memuaskan hati (termasuklah aku sekali), still ada peluang lagi. usaha tangga kejayaan bebeh. takde pakai2 eskelator atau lif bagai. mana ada orang dapat kejayaan ekspress macam tu okee.  orang yang pandai tak semestinya sejak dari azali dia pandai. mesti diorang ada buat something untuk tingkatkan prestasi diorang. atau mungkin dia jumpa  bomoh  orang yang boleh bagi dia motivasi dan tips untuk belajar sampai berjaya. still ada masa lagi untuk prepare untuk spm. never give up before its too late. you can do it bebeh! aku ni pun tak rasa yang aku dah ready untuk hadapi spm. huhuhu.. kuatkan hati, sentiasa bersemangat dan jangan pernah mengalah. 




*dah lama tak main chess dengan abah. hehehe*




*sumber gambar adalah dari pakcik Google.



~ All is Well. Happy reading and have a nice day!~

Sunday, 9 June 2013

Cuti sekolah dah habis la...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

aku taip entry ni pabila jam menunjukkan pukul 2 pagi. esok takde dah la aku nak tido lewat2 cenggini. sebagai pelajar yang berdedikasi serta berdisiplin (choii..), aku kenalah tido awal. hahaha.. aku bukan apa, aku ni kalau tak cukup tido mulalah tersengguk2 dalam kelas tu. lagi2 kalau line clear, memang lenalah. siap mimpi berdansa dengan jang geunsuk lagi.. ohohohoh. 




"i pun mimpi berdansa dengan u jugakk.. " *tampar pipi laju-laju*


okey, stop cakap pasal kpop. dah lari topik dari dah ni.. =..='''


aku suka pergi sekolah. tapi aku suka cuti sekolah jugak. acano tu?? hahaha.. yelah, suka pergi sekolah sebab ada kawan-kawan yang boleh menggila bersama. ada teman nak berborak, pergi mana-mana pun bersama2.. merayau tak tentu hala pun bersama-sama.. kami buddyz. takkan berpisah. ohohoho.. tak sabar nak jumpa diorang isnin ni.. 




cuti sekolah dah habis la.. rasa macam sekejap je cuti. ada kerja skolah ke tidak aku pun dah tak ingat. hahahah..




*sumber gambar adalah dari pakcik google.


~All is Well. Happy reading and have a nice day!~

Friday, 7 June 2013

Blogwalking....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!

Pada tengah malam yang agak sunyi ditemani lagu2 jiwang yang mengasyikkan, ececeh. apsal tiba2 jiwang pulak ni. hahahah.. okey, time cuti sekolah aku memang ada masalah nak tido awal.. kadang2 pukul 4 pagi baru boleh lelap. dah macam burung hantu daa. jadi, daripada aku baring dan tenung jea siling tu sambil berangan benda yang mengarut2, baik aku ber-blogwalking. ada la jugak pekdahnye sikit. aku ni pun newbie lagi dalam dunia blogging ni, jadi blogwalking tu adalah perlu! 

apa benda kejadahnye "blogwalking" tu?

okey, seperti yang anda faham jika anda translate ke bm, blog itu ialah blog, dan walking itu sudah semestinya berjalan. jadilah blog berjalan! mak aihh. blog tu boleh berjalan kah? macam menakutkan jea. ahahahah! tengok aku dah mengarut lagi.

blogwalking ni kalau ikutkan definisi yang aku faham2 sendiri dan hasil risikan (cehh) dari blog2 lain, benda ni lebih kurang macam kita singgah dari satu blog ke blog yang lain, tak kira la kenal ke tak, ada kaitan ke tak dengan kita. then kita tinggalkan jejak kita dengan cara meletakkan url blog kita (pada shoutmix, cbox, dll.), komen kat blog orang atau yang seangkatan dengannya dan seterusnya menjemput mereka untuk datang ke blog kita. haa.. faham tak? aku pun rasa was2 nak paham ayat aku ni. hahahaha!

apa pekdahnye buat benda ni?

aktiviti blogwalking ni dapat merapatkan hubungan antara blogger dan dapat meningkatkan trafik ke blog sendiri. trafik tu penting bagi sesebuah blog tak kiralah apa jenis blog kita tu. makin banyak ber-blogwalking, makin meningkatlah trafik ke blog kita. blogwalking ni jugak dapat mencetuskan idea untuk menulis kat blog sendiri selain dari dapat menambah ilmu pengetahuan,perkembangan isu semasa, tips, trick dan banyak lagi.



*harap2 faham la apa yang aku tulis ni. ohohoh.. aku pun baru nak ber-blogwalking hari ni. jadi aku hanya tulis benda yang aku tau je.. 

*selamat ber-blogwalking!*



~All is Well. Happy reading and have a nice day!~

Tuesday, 4 June 2013

Teratak Riverview Tg. Malim

Assalamualaikum. Hai peeps!

  • Baru-baru ni aku ada menyertai satu perkhemahan unit beruniform yang dianjurkan oleh sekolah aku. 
  • Nak lepas tension exam dekat sebulan katanya. hehehehe...
  • Perkemahan ni diadakan kat Teratak Riverview Tanjung Malim. 
  • Aku decide nak pergi setelah tergoda dengan ayat2 manis cikgu aku yang beriya2 promote pasal kem tu.
  • Jyeah. Aku memang mudah tergoda dengan ayat2 manis.  bhahaha. Tapi bukan ayat2 manis yang selalu bermain dibibir lelaki berhidung belang. Yang tu memang tak la kan. 
  • Dan otak aku pada masa tu hanya ingat nak mandi sungai je. Weeeee!! Mesti best ni. 
  • Dan yang bestnye, geng2 satu kepala aku pun turut join sekali..
  •  Happy kot. Diorang ni dahlah susah nak dapat pergi kem2 macam ni. Tapi ada jugak yang tak dapat pergi sebab hal2 yang tak dapat dielakkan. Sedih la jugak.. 
  • Sebab ini mungkin kem kami yang terkahir bagi kami pelajar form 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM tak lama lagi. Tapi tak lama lepas sampai tempat tu happy balik sampai tak hengat dunia.
  • Masa perjalanan dari KL pergi Teratak Riverview ni lebih kurang 2 jam.


Me and my friends! Sampai situ excited nak snap2 gambar. Abaikan beg yang macam nak lari dari rumah tu. =..=''' 



Perhatian! Ini bukanlah beg2 pelarian yang lari dari rumah. Juga bukanlah beg orang yang nak pergi melancong tapi tersesat kat sini. Beg aku yang kaler purple tu je. Hahaha...



Wow! Look at that! First2 sampai sini, aku teruja gila tengok air sungai tu. Maklumlah, orang dah lama tak pergi sungai macam nilah. bhahahah



Air sungai ni sejuk walaupun cuaca tengah panas terik. Rasa macam nak duduk dalam air tu pulak. Okey, itu mengarut. I mean, berendam dalam air tu.


  • Actually banyak lagi gambar. Cuma gambar2 tu takde kat aku. Hehehe..
  • Antara aktiviti yang kami buat masa kat kem tu salah satunya ialah jungle trekking. Jyeah! Kaki aku penuh dengan kesan love bite pacat2 lepas keluar dari hutan tu. 
  • Kepada pembenci pacat : Mungkin ramai yang dah tau pasal ni kot. Cuma aku je yang ketinggalan taktau lagi. =..= Ada abang fasi kat situ bagitau kalau nak masuk hutan, bawak garam sekali. Kalau pacat naik kat kaki, tabur jea garam kat situ. Pacat takut dengan garam. 
  • Mungkin kalau aku pergi jungle trekking lagi sekali aku akan bawak garam.Hehehehe.
  • Aktiviti yang seterusnya ialah Night Walk Solo. Jyeah! Jalan sorang2 kat dalam hutan. Aktiviti ni memang nak menguji tahap keberanian aku yang penakut nak mampos ni. oke.
  • Banyak lagi aktiviti sebenarnya, tapi mungkin akan jadi cerita yang sangat panjang macam drama bersiri korea. 
  • Apa2 pun, kem kat Teratak Riverview ni sangat AWESOME dan meninggalkan kenangan manis kepada aku dan kawan2 sekepala aku. Enjoy gila sampai boleh jadi gila dengan diorang ni. Yeah. 


Saturday, 1 June 2013

Kenapa Aku Tulis Blog?

sebenarnya aku ni suka skodeng blog orang.. best pulak bila baca blog diorang ni. aku pun jadi teringin nak tulis pengalaman sendiri.. ekceli aku ni memang dah lama nak buat blog, tapi kadang2 busy sampai terlupa ceh ayat macam busy mengalahkan pm. kadang2 line internet slow, turut mematahkan semangat aku nak menulis. jadi akhirnya setelah banyak mengharungi segala halangan, dapat jugaklah aku buat blog ni.. haaaa.. *tepuk2*