Tuesday, 31 December 2013

Dah masuk tahun 2014

Assalamualaikum dan hai peeps!

Hari ni, hari terakhir tahun 2013... Cepat betul masa berlalu. ingat lagi masa nak masuk tahun 2013 dulu.. azam untuk belajar betul2 untuk SPM.. sedar tak sedar, dah habis SPM dah pun.. dah kerja lagi tu.. memang cepat masa berlalu. jadi, jangan sia2 kan masa. masa takkan tunggu kita. hargailah masa.. masa bersama kawan2, cikgu2, keluarga. masa akan berlalu jugak nanti. dan yang tinggal hanya kenangan masa yang telah berlalu.. wahh. jiwang pulak aku hari ni. :P



actually aku dah lama sambut tahun baru. tahun baru Islam.. dah masuk tahun 1435 Hijrah dah kann.. heheh..


hari ni, dah 9 hari aku kerja. macam2 yang aku dah lalui. banyak jugak pengalaman baru. kerja kat tengah2 bandar KL pulak tu. kena pandai bawa diri.. dan jangan sesekali berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. ececehhh.. tapi betul la. dah tu kena menghadap bermacam2 kerenah manusia. ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang pelik, ada jugak yang tak dapat dikenal pasti.. hewhewhew. tapi setakat ni aku jumpa banyak yang okey2 je. kakak2, abang2, pakcik2 dan aunty2 kat situ pun baik dengan aku jugak..

kerja kat tempat yang boleh dikatakan tumpuan pelancong asing, hari2 aku dapat tatap wajah2 mat saleh tak kira tua atau muda. mula2 tengok tu excited la jugak. tapi dah lama2 tu boring pulak. hahahah.. kerja jugak dapat mengajar aku keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain dan memperkukuhkan lagi English aku. (sebab banyak pulak orang tanya aku guna english ni. lagi2 pelancong asing) pening jugak la aku dengar English diorang yang bunyinya lain bebenor dari yang selalu aku dengar.


inilah muka Ayu Idayu yang baru melangkah ke alam pekerjaan! thanks to my photographer yang satu2nye kawan yang kerja sama dengan aku, Cemy. love u. muaxx2.. 


hari ni tak pergi mana2 pun. pergi CIMB bank sebab nak bank in duit beli movie korea kat kak Rehan Makhtar yang nak letgo movie tu. demi movie tu, aku yang poket tengah kering ni pun sanggup aku beli. takpe, nanti dapat gaji aku shopping sakan. ohohohoho..


XOXO

Friday, 20 December 2013

Melangkah ke Alam Pekerjaan

Assalamualaikum dan hai peeps!

Dah berminggu2 aku tinggalkan zaman persekolahan aku. Dan berminggu2 jugak aku terperap kat rumah tak buat apa2 selain dari online, makan, tidur dan mengarang. Duit pun makin habis. buka sekolah nanti tak dapat income rm4 sehari dari abah lagi dah. tak boleh menabung lagi dah... T__T

Bila buka Fb, kawan2 pun dah ramai yang ambil lesen dan sudah mula bekerja. Jadi atas desakan kawan aku dan aku tak sanggup lagi terperap kat dalam rumah tak buat apa2 aktiviti yang bermanfaat, baik aku keluar bekerja jugak. dapatlah duit. takdelah cuti aku sementara tunggu result SPM ni sia2. at least aku boleh tambah pengalaman. hehehe~ lagipun aku tak dapat PLKN.. ohohoho...

jadi pada tanggal 20/12/13 ni, aku dapat la kerja kat Parkson Sungei Wang. jauh jugak dari rumah aku. nasib baik ade bas. aku akan start kerja Isnin ni, 23/12/13.. ni pengalaman pertama aku kerja. huhuhu... excited ada, takut pun ada. hopefully tak ada something yang teruk berlaku sepanjang aku kerja kat sana untuk dua tiga bulan ni.. takutnyee.. huhuhu..


~have a nice day!~



Sunday, 15 December 2013

Someone Psycho in FB

Assalamualaikum dan hai peeps!


Beberapa bulan yang lepas aku ada kenal someone ni.. 1 sekolah dengan aku. tapi aku tak berapa kenal dia sangat. aku ni mana bergaul sangat dengan budak2 junior.. ececeh.. bajet senior la ni. tak jugak. aku pendiam. haha.. aku bergaul dengan budak2 batch aku je and yang boleh dipercayai.. dia add aku dulu kat fb.. then, dia dah datang komen2 kat wall aku, aku layan jelah macam biasa...

muka biasa2.

one day, kawan aku ni tegur aku. dia cakap someone tu asyik mengomen + like je ape yg ada kat wall aku tu. aku buat tak tau jelah.. aku tak layan sangat benda2 cenggini...

until one day, dia komen2 kat wall aku. and dia ajak aku outing. terkejut jugaklah aku weii. OMG. aku menolak cara baik dan berhemah.. cara lembut.. sebab aku tak suka sakitkan hati orang guna perkataan. selalunya kalau aku rasa tak puas hati atau apa, aku bertindak menggunakan perbuatan. action speaks louder than words bak kata omputeh kan? ohoho.. at that time aku dah rasa tak sedap hati dah...

muka tak sedap hati. 

lagipun, aku ni bukan orang yang senang2 je keluar dengan orang yang tak dikenali... lelaki pulak tu! banyaklah! aku bukan tak percaya waktu dia cakap yang kita keluar bukan buat benda tak elok pun... masalahnya, benda ni boleh mendatangkan banyak keburukan u know... yelah, macam fitnah ke, ape ke... lagipun apa motif dia ajak aku keluar? aku bukan kenal dia pun.

bila aku tolak cara lembut, dia still macam paksa pun ada jugak aku tengok. i can feel it. kawan2 aku yang tengok tu pun rasa benda yang sama. banyak kali la bagi hint yang menunjukkan aku menolak secara lembut. tapi dia still tak faham2... tension aku.

muka geram.

guess what? ingatkan dah putus asa.. rupanya tak putus asa jugak. siap decide tarikh hah. OMG! then siap minta nak tag gambar aku kat dia pulak tu. apa motif dia? aku tak pernah tag gambar aku kat siapa2. sorry dear, terpaksa remove kau. lepas tu aku ingat dah aman dah.. still not! macam mana pulak la dia boleh dapat nombor telefon aku. cuak betul aku. dia call, untuk say sorry. takpelah.. aku maafkan. tapi, dia still ajak keluar lagi!! arghh.. stress aku. memang tak kenal erti putus asa budak ni. sorry to say. macam saiko pun ade jugak.. teringat kat Faizal Saiko dalam cerita Love You Mr. Arrogant tu... *seram*

muka geram plus2.

aku nak sound pun takde mood. penyabar tak aku? bukan penyabar mana pun. malas nak layan.. i tak minat nak couple2 buat masa sekarang. hormat sikit pendirian i. kau langsung tak bagi aku privasi. siap amik nombor aku tanpa kebenaran pulak tu. 


erghh... =,='''



~have a nice day!~




Saturday, 7 December 2013

Dah tamat zaman sekolah rupanya..

Assalamualaikum dan hai peeps!

Dah agak lama jugak aku tak update blog ni... Bersawang dah. hahah.. Tanggal 27/11/2013 merupakan hari aku ambil subjek terakhir untuk SPM dan jugak hari terakhir aku pakai uniform sekolah dengan lencana sekolah aku tu. Kalau tahun depan aku pakai uniform sekolah pun, bukan lencana sekolah tu lagi dah.. sedihnya. 5 tahun aku sekolah kat situ. rasa macam sekejap je 5 tahun tu (walaupun time alami waktu tu rasa lambat gila waktu berlalu), tapi bila ingat balik, rasa macam sekejap je.



 sekolah atas bukit yang awesome. gambar ni amik dari tingkap kelas tau. bukan bumbung sekolah. pro sangat tu amik gambar sampai kena panjat2 bumbung. ohoho...



sepanjang 5 tahun aku sekolah kat situ, macam2 kenangan manis yang aku dapat. yang pahit tu pun ada gak. kadang2 gelak sorang2 macam orang tak betul bila ingat balik. memang awesome lah zaman sekolah aku. semua ni sebab ada kawan2 yang sangat awesome, jadi zaman sekolah aku pun jadi awesome!



dari sekolah tu jugaklah aku dapat BFF yang awesome... walaupun lepas ni kita mungkin tak jumpa lagi (tapi rumah korang dekat jangan risau aku serbu nanti), yelah.. mana la tahu sorang study kat United Kingdom, sorang lagi kat Jerman, sorang kat nun Afrika sana ke, dah tak dapat jumpa lagi... hahaha.. jauh bebenor study.


ni BFF aku yang paling rapat.. gonna miss u all. T_T


sekolah aku majoriti Cina, jadi ramai jugaklah kawan2 Cina yang awesome lagi baik hati. sekolahlah yang mengajar aku erti saling hormat menghormati antara kaum. dari berkawan dengan kawan yang lain bangsalah aku tahu budaya2 diorang. (dah banyak kali jatuh hati dekat Chinese boyS jugak.. ohohoho~) >_<



kepada kawan2 aku yang still ingat aku lagi (weii baru berapa minggu tak sekolah takkan dah lupa? hantuk kepala kat dinding kalau tak ingat aku. hahah). sayang korang tau. korang pernah jadi part of my life once upon a time, love u all. kalau umur panjang lagi, insha-Allah jumpa korang lagi pada masa yang akan datang. huhuhu...




peace yaw. dengan classmate aku, Angela. comel kan kami? hehehe~
orangnya pun sweet macam angel. 



~XOXO~