Tuesday, 31 December 2013

Dah masuk tahun 2014

Assalamualaikum dan hai peeps!

Hari ni, hari terakhir tahun 2013... Cepat betul masa berlalu. ingat lagi masa nak masuk tahun 2013 dulu.. azam untuk belajar betul2 untuk SPM.. sedar tak sedar, dah habis SPM dah pun.. dah kerja lagi tu.. memang cepat masa berlalu. jadi, jangan sia2 kan masa. masa takkan tunggu kita. hargailah masa.. masa bersama kawan2, cikgu2, keluarga. masa akan berlalu jugak nanti. dan yang tinggal hanya kenangan masa yang telah berlalu.. wahh. jiwang pulak aku hari ni. :P



actually aku dah lama sambut tahun baru. tahun baru Islam.. dah masuk tahun 1435 Hijrah dah kann.. heheh..


hari ni, dah 9 hari aku kerja. macam2 yang aku dah lalui. banyak jugak pengalaman baru. kerja kat tengah2 bandar KL pulak tu. kena pandai bawa diri.. dan jangan sesekali berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. ececehhh.. tapi betul la. dah tu kena menghadap bermacam2 kerenah manusia. ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang pelik, ada jugak yang tak dapat dikenal pasti.. hewhewhew. tapi setakat ni aku jumpa banyak yang okey2 je. kakak2, abang2, pakcik2 dan aunty2 kat situ pun baik dengan aku jugak..

kerja kat tempat yang boleh dikatakan tumpuan pelancong asing, hari2 aku dapat tatap wajah2 mat saleh tak kira tua atau muda. mula2 tengok tu excited la jugak. tapi dah lama2 tu boring pulak. hahahah.. kerja jugak dapat mengajar aku keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain dan memperkukuhkan lagi English aku. (sebab banyak pulak orang tanya aku guna english ni. lagi2 pelancong asing) pening jugak la aku dengar English diorang yang bunyinya lain bebenor dari yang selalu aku dengar.


inilah muka Ayu Idayu yang baru melangkah ke alam pekerjaan! thanks to my photographer yang satu2nye kawan yang kerja sama dengan aku, Cemy. love u. muaxx2.. 


hari ni tak pergi mana2 pun. pergi CIMB bank sebab nak bank in duit beli movie korea kat kak Rehan Makhtar yang nak letgo movie tu. demi movie tu, aku yang poket tengah kering ni pun sanggup aku beli. takpe, nanti dapat gaji aku shopping sakan. ohohohoho..


XOXO

1 comment:

Anonymous said...

ekceli...dah nak masuk 2018. urmm