Monday, 10 June 2013

Pukul 4 pagi & Study

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!


Bulan 5 hari tu, sebulan tu exam. peperiksaan pertengahan tahun. sebulan tu exam, sebulan tu jugaklah aku bawak beg ringan. ohoho.. tapi sebulan tu jugaklah aku berkorban masa tidur aku semata-mata nak bangun pukul 4 pagi untuk study. biasanya waktu exam yang penting macam ni aku akan bangun pukul 4 pagi. benda ni aku dah amalkan dari masa aku amik pmr lagi. seorang pelajar yang ingin mencapai kejayaan mestilah selalu berkorban. macam aku ni hah.. choiii. hahahaha..




aku suka study time2 macam ni. rasa macam otak aku boleh serap semua benda yang aku baca. hehehe.. bukan aku tak suka study waktu petang2 atau malam2, tapi otak aku time tu entah mengapa jadi tepu tiba2. so aku lebih suka buat homework time2 macam tu. 


hari ni aku dapat result hasil dari perjuangan aku untuk sebulan haritu. cehhh. ayat macam apa ntah. hahaha. tapi tak semua la aku dapat. aku baru dapat kertas bm, bi dengan sejarah. bm dengan sejarah tu subjek feveret aku. and alhamdulilah, tiga3 subjek yang aku dapat hari ni, setakat ni memuaskan hati aku. yang lagi 7 subjek tu hancus aku taktau lah apa jadi. huhuhuh...


harap2 okeylah. untuk sejarah tu, aku rasa tak rugi aku bangun pukul 4 pagi semata2 nak baca buku teks sejarah tu. aku memang tak pakai buku rujukan untuk sejarah. sebab yang pertama, kakak aku dah ada buku teks sejarah ting. 4 dengan ting. 5 masa dia amik spm 6 tahun lepas. hak milik persendirian okeyy.  hahaha.. yang kedua, sebab buku teks tu dah siap highlight lagi dengan label fakta & huraian sekali. senang aku nak baca. ohohoho.. yang ketiga, aku tengok soalan2 tahun lepas pun tak lari dari apa yang ada kat dalam buku teks tu. jadi mengapa harus aku bazirkan duit beli buku rujukan yang mahal2 ? cehhh.. apsal ayat aku macam ikut skema dewan bahasa & pustaka ni? hahahaha..






soalan sejarah ni kalau aku perhatikan buku soalan tahun2 lepas yang aku beli, tak pernah kot keluar soalan luar alam dari topik buku teks. kecuali soalan yang kbkk tulah. tapi itu pun agak senang la jugak kot. sebab itulah aku suka jawab kertas sejarah walaupun waktu belajar sejarah aku selalu tido. mintak maaf cikgu, entah mengapa, entah bagaimana dan entah apa-apa, otak saya otomatik dah set yang waktu sejarah tu waktu tidur. tapi apa2 pun saya sayang cikgu. muah3. hehehe...



kepada kawan2 aku yang result agak kurang memuaskan hati (termasuklah aku sekali), still ada peluang lagi. usaha tangga kejayaan bebeh. takde pakai2 eskelator atau lif bagai. mana ada orang dapat kejayaan ekspress macam tu okee.  orang yang pandai tak semestinya sejak dari azali dia pandai. mesti diorang ada buat something untuk tingkatkan prestasi diorang. atau mungkin dia jumpa  bomoh  orang yang boleh bagi dia motivasi dan tips untuk belajar sampai berjaya. still ada masa lagi untuk prepare untuk spm. never give up before its too late. you can do it bebeh! aku ni pun tak rasa yang aku dah ready untuk hadapi spm. huhuhu.. kuatkan hati, sentiasa bersemangat dan jangan pernah mengalah. 




*dah lama tak main chess dengan abah. hehehe*




*sumber gambar adalah dari pakcik Google.



~ All is Well. Happy reading and have a nice day!~

6 comments:

Mormor said...

hehehe , lama dah xstudy tym subuh . tym sekolah menengah selalu jugak buad cenggitu :)

Anonymous said...

study time awl2 pagi rasa fresh kan..g.luck.

Unknown said...

@Mardeeya hehehe.. tahun ni last la saya buat cenggitu. study pukul 4 pagi pasti akan dirindui lagi pasni.. huhuh..

Unknown said...

@Siti(zoey) yup.. memang fresh. sbb lagi sunyi and xde sapa nak kacau sbb tgh syok tido. hehehe.. btw, thanks.. :DD

KisaH PaHit ManIs HiDup ZieYziE.... said...

baguslah ayu ni saya nak try tgk ikut mcm ayu..ayu ni mesti pndai orgnya kan3...

Unknown said...

@Zieyzie Ilisha trylah. mmg mujarab kat ayu. hehehe.. taklah pandai sangat.. biasa2 je.. :)