Wednesday, 10 July 2013

Dugaan dihari pertama puasa

Assalamualaikum dan hai...




rasa macam sekejap je dah masuk bulan puasa balik..teringat puasa tahun lepas. cepat betul masa berlalu. puasa kali ni seronok sebab adik beradik aku semua balik rumah dan dapat menjalani ibadah puasa bersama2.. hehehe...


hari ni aku rasa tak berapa sihat.. kepala pening2, hidung tersumbat dan badan rasa panas. demam lettew.. waktu sahur tadi elok je. bila dah ada kat sekolah, baru mula rasa macam nak demam. huhuhu.. rasa tercabar sungguh. tapi tabahkan jelah hati ni. mungkin sedikit sebanyak dapat mengajar aku erti kesabaran dan ada orang lagi teruk diberi ujian berbanding aku... mungkin ni jugak sebagai peringatan kepada aku.. sakit tu boleh datang bila-bila masa je. walaupun beberapa jam sebelum tu kita rasa sihat bertenaga. huhuhu...





~selamat menjalani ibadah puasa...~

2 comments:

norhasnizakhalid said...

sama le ngan mama ni aaa... selsema, demamnya.. adeh! sabar je la

Unknown said...

@Norhasniza Khalid betul tu.. saabr jelah.. huhuhu..