Monday, 7 October 2013

Preview Novel : Kerana Mahalnya Syurga

Assalamualaikum and hai peeps!

agak2 dah berapa bulan daa aku tak bukak blog ni hah.. busy la katakan.. SPM lagi sebulan je lagi niii... *tension*

hahah..

tension2 pun still layan novel nak lepas tension kejap okey? hari ni je. heheh..  dah berminggu2 aku bergelumang dengan buku2 study ni... huhuhu.. TT___TT

aku baru je beli satu novel baru ni.. fyi, penulisnya lelaki.. jarang jumpa penulis novel lelaki uollss. excited pulak nak baca bila tau penulisnya lelaki.. ohoho..




Sinopsis :

“Sebagaimana kau hasut abang aku untuk tukar agamanya, kau seksa mak aku sampai mak aku gila dan mati dalam keadaan yang paling mengerikan, dan sebagaimana kau menjadi punca ayah aku sakit tenat sampai ayah aku mati, kau kena ingat semua tu, Umi Zafwa! Kau kena sedar betapa dalamnya dendam aku kepada kau dan apa sahaja yang berkaitan dengan kau!”

Dendam itu. Kerana dendamnya kepada Umi Zafwa, dia merancang untuk membiarkan Umi Zafwa turut terluka. Umi Zafwa perlu disakiti dan caranya, Umi Zafwa perlu menjadi miliknya dahulu!

Umi Zafwa. Tiada seorang wanita pun yang menginginkan perkahwinan sepertinya. Perkahwinan yang hanya membuka kepada jalan penderitaan. Namun, racun yang diberi Alex, madu yang dibalasnya. Benci yang diberi, kasih yang dibalasnya.

Bukan Alex tidak pilu, bukan Alex tidak terjentik lewat pengorbanan Umi Zafwa, bahkan bergenang air matanya melihat ketenangan Umi Zafwa yang sentiasa tabah meski dilukai.

Lantas, semakin Alex terasa mula sayang, semakin keras dia menyakiti Umi Zafwa. Kemesraan di hadapan Katherina, kekasihnya sentiasa ditunjuk-tunjuk. Umi Zafwa hanya mampu memendam rasa.

Hinggalah saat apabila Umi Zafwa tegar menggantikan tempat Alex di tali gantung... Di situlah dirasakan mahalnya syurga… Dapatkah kesucian pergobanan itu meleraikan sebuah dendam? Kerana dendam mereka bertemu, adakah kerana dendam juga mereka mampu bersatu?

“Tak ada pemandangan yang paling cantik, yang paling indah buat seorang suami selain wajah isterinya...” ALEX

“Boleh tak kalau saya nak pulangkan semula pemandangan paling indah tu sekarang juga?” UMI ZAFWA

“Tak ada apa-apa pun yang awak perlu pulangkan kepada saya. Awak tak ada apa-apa hutang pun kepada saya...” ALEX



komen aku :

novel ni agak sedih tau.. masa mula2 hero dia, Alex ni agak kejam.. plus, dia ada masalah mental sikit. haha.  kesian kat Umi kena dera.. sobs.. sobs.. cuma ada la certain part yang buat aku tertanya2 apa sudah jadi kat watak ni.. aku suka novel ni sebab taste aku suka novel sedih2, then ada watak lelaki Cina.. ni yang aku eksaited nak baca ni.. heheh.. tapi last2 happy ending.. agak puas hati la membacanya.. bila Alex dah insaf, dia punyalah jaga hati, layan Umi bagai permaisuri haa.. *haha padan muke Alex asyik menangis menyesal =,=*..  

selamat membaca~


*doakan saya untuk menghadapi exam SPM sebulan je lagi ni... huhuhu T~T*


XOXO


2 comments:

Badrina Ibtisam said...

Wahhh. Mcm best je!! ^.^

Good luck tau for spm!! ♥

Unknown said...

@Badrina Ibtisamhehehe.. memang best pun..
thanks... :DD