Tuesday, 2 July 2013

di manakah nilai kemanusiaan dalam diri mereka?

Assalamualaikum dan haii...


tadi aku tengok berita, then ada berita pasal budak kena kena dera lagi... lately dalam surat khabar mahupun  berita makin banyak kes2 dera anak. rasa sedih, geram bila dengar berita2 macam ni.. bila aku tengok berita pasal kes2 budak kena dera, aku bayangkan betapa menderitanya kanak2 yang langsung tak berdosa tu apabila ibu bapa diorang sendiri yang memperlakukan anak2 diorang sedemikian rupa. 


paling menyakitkan jiwa dan raga aku, bila dengar apa yang dah dilakukan terhadap budak tu.. ada yang diikat tangan pada kerusi then pukul, ada yang ditumbuk, ada yang dicucuh dengan puntung rokok... tersayat hati aku bila dengar berita ni... berita yang aku dengar ni pasal 3 beradik yang kena dera dengan ibu kandung dan ayah tiri diorang. dah kena penjara pun.. they've got what they deserve. itu belum balasan tuhan lagi. 


seriously, what kind of parents they are? *sorry broken english* tak rasa bersalah ke buat anak sendiri macam tu? sedangkan haiwan yang tak berakal tu pun sayangkan anak, ni manusia yang berakal. kenapa jadi lebih teruk dari haiwan? orang yang takda anak berdoa siang malam nak anak, yang ada anak pulak perlakukan anak macam tu.


aku suka dengan budak2.. lagi2 baby. bila dengar berita2 macam ni, aku jadi sedih + geram + sakit hati. aku bayangkan kalau aku jadi budak tu. mesti rasa macam dunia ni seolah2 neraka. itu baru bayangkan,.. macam manalah anak2 tu hidup dengan keadaan macam tu.  kesian anak tu. apa jadi kat diorang nanti bila diorang dah besar? mesti diorang rasa trauma. yelah, kena dera sampai macam tu sekali. sadis betul kalau dapat parents yang tak berperikemanusiaan macam tu. 


*sorry, ter-emo pulak hari ni.. huhuh.


*sumber gambar adalah dari pakcik Google

Monday, 1 July 2013

pabila kemalasan melanda + meroyan

Assalamualaikum dan hai peeps!



lepas exam hari tu, entah mengapa, entah bagaimana, aku tiba2 rasa malas.  rasa macam nak rileks je sepanjang masa. like a boss. muehehehe.. ewah2.. cik ayu oiiii.. spm nak dekat ni. pegi baca buku la deyy!


alangkah indahnya dunia jika ini je kerja aku hari2. hahahaha.. 
*mau kena lempang laju2 dengan mak nanti*



kerja kursus add maths yang cikgu aku bagi berminggu2 sudah tu pun aku baru mula kerjakan hari khamis hari tu. mau kelam kabut aku dibuatnya. padan muka. orang lain dah siap, dah rileks2 aku still terhegeh2 siapkan benda tu. nasib baik hantar hari isnin..


and today, yeah. hari isnin. akhirnya dah submit jugak benda tu. lepas satu masalah cabaran sebagai seorang pelajar. *ceh ayat*. tenang sikit jiwa aku yang sejak beberapa hari yang lalu macam orang meroyan fikir pasal kerja kursus yang tak siap2 tu lagi. tapi meroyan2 pun keayuan still dijaga lagi. ala2 meroyan2 ayu gitu. *ayat mintak penampaq* hahahaha..



macam ni kot rupa aku lepas dah hantar kerja kursus tu. yeah! we did it yaww! hahahaha...


tapi yang tak bestnya, since semalam mulut aku tidak dapat menikmati kenikmatan mengunyah makanan. pasai pa? lelangit  belah kiri aku bengkak sikit. tapi takdelah teruk sangat pun. nasib baik hari ni dah okey. then, aku seperti merasakan yang mulut aku ada ulser. itu pun takdelah teruk sangat jugak. huhuhu... 


mungkin mulut aku ni nak suruh aku stop melantak tak hengat dunia kot. yelah, puasa kan dah nak dekat.. ohohoho~ tak sabar nak raya.. :DDD



*sumber gambar adalah dari pakcik Google


~XOXO~

Segmen " I'm KING Of Followers "




こんにちは, 안녕하세요 , Assalamualaikum.

Segmen ini dilancarkan oleh AtinVIP sendiri . Dimaklumkan bahawasanya segmen ini sudah pun bermula pada 1 Julai dan berakhir pada 31 Julai 2013 . Tujuan AtinVIP melancarkan segmen ini, bagi memudahkan kita semua beramah mesra bersama blogger-blogger lain yang mungkin kita tidak kenali tetapi ingin membaca kisah/diary kehidupan mereka.

Segmen ini juga dibuat kerana ingin melihat sejauh mana kerajinan kita untuk melawat/blogwalking blogger-blogger lain . Oleh kerana itu , AtinVIP akan menaikkan pangkat anda sebagai " I'm KING Of Followers " kerana anda telah melaksanakan kewajipan anda sebagai blogger.

Jika itu yang anda mahukan menjadi 'KING of follower' . Jom sertai segmen yang AtinVIP lancarkan.


Syarat-syaratnya :

1.  Warganegara Malaysia.
2.  Wajib follow blog AtinVIP , Atiqah , Intan. dan LIKE fanpage di bawah ini : 
     
3.  Buat entry bertajuk Segmen " I'm KING Of Followers " . 
4.  Copy coding entry yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry.
5.  Tinggalkan URL entry anda ke dalam ruangan komen entry ini.


Pemilihan pemenang dan jenis hadiah: 

1. Melihat jumlah follow blogwalking comment yang paling tertinggi akan memenangi topup RM20
2. Pemenang tempat ke-2 dan 3 akan menangi topup RM10.
3. Manakala tempat ke-4 dan 5 akan menangi topup RM5.
4. 2 pemenang saguhati akan dapat header percuma.
5. 8 pemenang saguhati akan dapat cursor percuma.
6. 5 pemenang saguhati , blognya akan direview.

*Jumlah kesemua pendapatan adalah 20. AtinVIP ingin mencari seramai 20 pemenang bertuah.

#___# Takkan tengok je? Jomlah Join!!!

Saturday, 29 June 2013

bersyukurlah dengan apa yang ada...

Assalamualaikum dan haiii....



Org kurus : "Alamak, gemuknye Aku..!! " 

Org pandai : "Aku dapat 90 markah jer? kenapa tak 100.. 


Org cantik : "Buruk, hodohnye aku dalam gambar nie.. delete x3 !!!.. 





aku rasa setiap orang mesti pernah rasa atau berfikiran macam ni. atau mungkin tak pun. kadang2 aku pun macam ni. dulu aku selalu macam ni. sekarang ni tak sangat la. mungkin sebab aku dah insaf dan menghargai apa yang aku ada. yelah, nobodys perfect. takde orang yang sempurna pun. setiap kekurangan pasti ada kelebihan. just believe yourself and be yourself. ini pun untuk peringatan kat diriku yang tidak sesempurna mana juga. huhuhuh.. :')


“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)



Bersyukur dengan apa yang kita ada...






*sumber gambar adalah dari pakcik Google



~XOXO~

Friday, 28 June 2013

Pesta Cekelat.!!

Assalamualaikum dan haiiii...


dah lama tak update entry baru. pageviews pun dah turun mendadak. erghhh...  maklumlah, busy mengerjakan benda2 yang patut dikerjakan. hahaha..


ni semalam punya cerita. semalam kakak aku balik, and dia bawak balik coklat yang banyakkk dari Langkawi... biasalah, cekelat kat sana kan murah. ohohoho..





banyak tak? banyak tak? agaklah banyak.. aku sorang je ratu coklat kat rumah ni. kira banyaklah tu ohohoho.. heaven2. selalu aku beli satu bar coklat yang saiz kecik tu pun lambat nak habis sebab sayang nak makan punya pasal. kali ni boleh la makan banyak sikit. muahahaha...


aku suka makan coklat time tengah stress. time tak stress pun aku melantak coklat gak. hah eloklah tu. coklat dah ada banyak ni.. makin bertambah nombor kat penimbang bila nak timbang berat nanti. ciss.. diet?  no wayy. aku pasti akan kalah dengan godaan makanan yang sedap2. nasib baik badan aku still boleh maintain lagi. ohohoho..


~Happy reading and have a nice day!~

Thursday, 27 June 2013

#SEGMENT TAMBAH FOLLOWER & PENCARIAN BLOGLIST

Assalamualaikum and haiii...


takde idea nak tulis entry ape.. so join segmen jelah.. kehkehkeh...



klik banner untuk join.



bilangan followers setelah hampir 3 minggu ber-blogging. hehehe..



Tuesday, 25 June 2013

Putrajaya Floria 2013 : flowers in my heart

Assalamualaikum and haiii~~


disebabkan dah berhari2 aku dok rumah tak keluar2, jadi hari ni aku mengambil keputusan ( ceh ayat ) untuk ikut parents aku gi putrajaya. ekceli diorang ada hal kat sana. then sebab hari ini pulak ada festival bunga dan taman kat sana, apa salahnya aku join sekali. i love flowers... luaran nampak takde perasaan, tapi aku suka bunga tau. kecuali bunga tayar. bunga hutang paling aku tak suka. haram2. hahahaha..



 tadaa!! Putrajaya Floria 2013~~


lawalah bunga niii... with my bff.. hihihi...


 sana sini ada bunga.. abaikan muka aku macam orang terlebih excited tu.. =,=


 with my lovely sista.. btw, bunga kaler oren kat belakang tu lawaaa~ hehehe..


berangan tengah tunggu prince charming  naik kuda datang melamar kat taman bunga yang cantik lagi indah ni.. ohohoho... amboi3..


 kiri kanan depan belakang ada bunga orkid yang cantik2.. oh i love orchids~~



 suka yang ni.. lawa kaler purple. rasa macam nak bawak balik rumah je.. huhuhu..


 posing kat sini pun bolehh.. model bahan kitar semula. hahaha... tempat duduk tu diperbuat dari bahan2 kitar semula.. ha tengok tayar tu.. dan ketam besi tu.. kreatif dan inovatif kan. hehehe..



betalah ratu bunga orkid.. wahahahaha.. kbaii..


tahun ni first time aku pergi festival ni. selama ni tak pernah pergi pun. hehehe.. tahun ni bunga orkid diketengahkan. jadi macam2 jenis bunga orkid ada kat situ. ada yang warna purple, pink, putih.. bunga lain pun ada banyak jugak. macam2 warna ada.. rasa macam nak petik2 je. tapi tak boleh petik.. huhuhu.. 



~Happy reading and have a nice day!~