Saturday, 17 August 2013

jadi volunteer untuk tutorial kak Mia Liana

Assalamualaikum dan hai peeps!


last aku update blog bulan puasa haritu. sekarang dah raya yang ke berapa dah ni.. baru aku bukak blog ni.. yeah. bahang trial SPM 2013 kian terasa. jadi makin busy daa.. sorry tak dapat blogwalking kat blog anda2 semua buat masa ni... huhu... apa2 pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri!


first, Ayu nak ucapkan terima kasih kepada kak Mia Liana sebab sudi pilih blog Ayu yang tak seberapa ni untuk buat tutorial pasang Google FeedBurner.. thanks ya, kak Mia!


okey, ceritanya macam ni.. haritu aku ada menawarkan diri untuk jadi volunteer untuk tutorial kak mia liana.. klik sini >> Volunteer Entry Tutorial <<  aku ni kan blogger baru.. masih lagi blur2 gitu dalam dunia blogging ni. jadi apa salahnya aku cuba tawarkan diri untuk jadi volunteer buat tutorial.. lagipun blog aku ni masih separuh siap. apa yang tak siapnya pun aku tak tahulah. hehehe..


tak sangka kak Mia pilih blog aku untuk buat tutorial Google Feedburner.. klik sini >> Tutorial Google FeedBurner dan Kelebihannya <<  wah! terujanya aku nak tahu apa bendanya tu.. hahah.. aku baru tahu kewujudan Google Feedburner tu dan apa kegunaannya lepas kak Mia bagitau aku nak buat tutorial pasang Google Feedburner..


muka teruja bila tengok blog terpilih untuk buat tutorial..hehe. okey, dahsyat betul muka excited ni. haha.. gurau je.


jadi, hari ini siap jugak akhirnya tutorial tu.. hehehe... teruja aku tengok tutorial tu sebab ada blog aku. cehh.. hahaha..  sekali lagi, thanks ya kak Mia sebab piilh blog Ayu untuk buat tutorial dan pasangkan Google FeedBurner... =D



~Happy Reading and Have a Nice Day!~





Saturday, 27 July 2013

Iftar bersama BFFs

Assalamualaikum dan haii...



dah lama tak bukak blog ni. penuh berhabuk! huhuhu... rindunya nak ber-blogging... huhuhu...


semalam, aku dengan lagi 3 orang bff aku rancang nak berbuka bersama kat luar.. jadi, pukul 3.30 petang kami dah cari tempat nak berbuka dan booking kat Secret Recipe. aku rasa kami orang paling awal booking tempat. hahaha...


lepas bayar apa yang patut, kami pun mula menjalankan misi shopping raya.. huhuhu.. hilang jugak tension aku yang kebelakangan ni asyik2 belajar je. tapi aku tak shopping sangat, bajet takdak.. minggu depan baru ada bajet. hehehe...


tengah2 rambang mata tengok aksesori2 yang lawa2~ hehehe... boleh pulak snap2 gambar time ni.. haha...



sempat lagi snap2 gambar dalam kedai baju tu.. hahahah.. thanks Bella ( yag pakai spek tu ). gambar ni atas jasa handphone dia.. hehehe~


Cemy ( yang tudung hitam ) merupakan photographer kesayangan kami.. gambar2 yang dia snap cantik2 ! jasamu akan ku kenang.. huhuhu.. 


my besties and me !!


tomyam + chocolate indulgence... my favourite! yummy~ :3



thanks juga diucapkan kepada kakak Cemy sebab dah hantar dan angkut balik kami.. yelah, kami ni mana reti bawak kereta + lesen pun takdak.. hehehe..


~happy reading and have a nice day!


Friday, 19 July 2013

pertama kali jumpa kaunselor secara peribadi

Assalamualaikum dan haii...



semakin dekat SPM ni, makin tak keruan aku. kerunsingan makin bertambah2.. huhuhu... benda yang dari dulu jadi masalah, sekarang makin bermasalah... aku tak dapat nak buat pilihan!!! pilihan apa? bakal calon suamikah?... memang taklah! hahaha...


tadi jumpa kaunselor untuk buat ujian kerjaya dan dapatkan nasihat kaunselor mengenai bidang apa yang aku patut ambil selepas SPM nanti... buat pertama kalinya aku jumpa kaunselor secara peribadi.. huhuhu.. best pulak lepak dalam bilik kaunseling lama2 tu... 


okey, hasil ujian tu mendapati bahawa aku ni lebih cenderung kepada bidang sains.. aku memang suka sains sebenarnya.. tapi, aku rasa macam susah je nak score dalam exam.. dalam pada masa yang sama, aku pun suka seni jugak. aku minat melukis. dan kalau ikutkan background family aku, kebanyakan ahli keluarga aku lebih ke arah pasal bangunan2 ni.. ada yang jadi lanscape designer.. dan sebagainya. secara tak langsung, aku pun turut terpengaruh sikit. huhuhu...




sebelum jumpa kaunselor tu, aku bercadang nak amik architecture.. family aku okey je. actually family aku tak kisah pun.. asalkan tak jadi penanam anggur dan cepat2 boleh sara ibu bapa nanti. itu pun memang impian aku. taknak susahkan ibu bapa aku lagi... hehehehe..


kaunselor tu bagitau, aku ni mungkin minat bidang sains, tapi kerjaya dalam bidang sains yang ada dalam dunia ni mungkin banyak lagi yang aku tak tau. betul la tu... tapi... aku minat melukis jugak. huhuhu...


 dapat design rumah sendiri best jugak kan? hahaha... *architecture*



*sumber gambar adalah dari pakcik Google



~happy reading and have a nice day!~


Monday, 15 July 2013

benda yang dilarang, yang itulah paling gemar dilakukan

Assalamualaikum dan haiii...



hari ni rasa lebih baik dari semalam. sebab dapat gi sekolah jumpa kawan2 sekepala yang tinggal hampir beberapa bulan je lagi untuk bersama. huhuhuh... aku enjoy bila jumpa korang & aku sayang korang.. muah3.


perasan tak sometimes bila ada signboard yang ada tulis "Jangan" atau "Dilarang" contohnya, "Dilarang membuang sampah disini, denda rmXXX." dan banyak lagilah signboard yang melarang2 ni, selalunya bila benda yang dilarang tulah orang paling suka buat. aku tengok, signboard yang ada tulis dilarang membuang sampah tu, betul2 kat bawah signboard tulah orang longgok sampah bertimbun2 kat situ.. hahahaha...


tak tau kenapa, bila ada ada tulis benda yang dilarang, lagilah orang nak buat.. kenapa? benda ni aku rasa memang dah lama jadi sampai sekarang.. aku pun kadang2 cenggitu.. hehehe~



hahaha.. jangan ikut gambar yang sebelah kanan tu.. please do it at mall okey?.. hahahah


*sumber gambar adalah dari pakcik Google



~happy reading and have a nice day!~


Sunday, 14 July 2013

sedihnya hari ni...

Assalamualaikum dan haii...




katakanlah, anda ni seorang yang pendiam dan suka buat hal sendiri tanpa mengganggu orang lain. cuma buat hal sendiri je. then, tiba2 ada orang cakap yang anda ni itulah, inilah, pemalaslah, tapi masalahnya dah memang tak ada kerja nak dibuat. lantai dah sapu. kain dah sidai. nak buat apa lagi? kerja bertukang pula kah? buat kerja sendiri jelah. kalau ada nak suruh buat apa2, cakap jelah. aku buat je..


bila dibalas kata2 orang tu, dikatanya pula kita ni tak ada adab, kurang ajar, dan... berlagak? apakah? aku cuma menyuarakan pendirian aku. salahkah jika bersuara untuk meluahkan perasaan sendiri? apakah perasaan anda? wuuu...wuuu...


susahnya nak puaskan hati orang... kecoh2 salah, diam pun salah. tegakkan pendirian sendiri pun salah. aku selalu kena macam ni. baik kat sekolah, kat rumah atau kat mana2 jelah. apa salah aku weiiii?? cakap lebih2 nanti lagilah banyak kontroversinya lagi. yelah, awak tu ada penyokong. saya ni sorang je. apa2 yang awak kondem saya pun, ada penyokong. 


takpelah, mungkin dia memang tak suka dengan saya kot... hurmm... 





*sumber gambar adalah dari pakcik Google


~have a nice day...~

Saturday, 13 July 2013

petang sabtu yang mendung dan hujan

Assalamualaikum dan hai...



petang ni cuaca kat kawasan rumah aku di area Cheras agak mendung dan hujan renyai2. tidak seperti petang2 yang sebelumnya yang panas membahang. angin pun tadi kuatnya semacam dan agak menakutkan.. huhuhu..


aku suka tengok pemandangan hujan. rumah aku dekat dengan kawasan2 bukit bukau yang menghijau. bila tengok pemandangan hujan dari rumah aku kat tingkat 2 ni. aku rasa cantik sangat. teringin nak ambil gambar pemandangan hujan kat rumah aku, tapi kamera aku tak berdaya untuk melakukannya.. tak mengapalah Baby, saya tetap sayang awak walaupun awak ada banyak kelemahan.. awaklah yang pertama bagi saya.. hehehe


pada petang yang mendung ni, aku masih berfikir nak makan apa untuk berbuka nanti.. tak ada idealah.. rasanya nak godek2 pakcik Google nak cari resipi yang best2. hehehe... teringin pulak nak makan penkek buatan kakak.. huhuhu...






*sumber gambar adalah dari pakcik Google. 



~happy reading and have a nice day!~

Friday, 12 July 2013

kenangan first time pergi solat terawih selipar kena rembat

Assalamualaikum dan haii...



selipar hilang tiap kali pergi solat terawih. anda pernah mengalaminya? atau memang selalu mengalaminya? aku pernah mengalaminya dulu... first time selipar kena sapu time pergi solat terawih.. waktu ni kalau tak silap masa aku darjah 4-5 macam tulah... huhuhuh



alkisah, jarak masjid dengan rumah aku ni dekat je.. tapi masih perlu melintas2 jalan dan masuk lorong2 kawasan perumahan jugak la.. aku dengan kawan aku ni, Liyana a.k.a Yana namanya, rajin jugaklah pergi solat terawih masa tu.. hehehe.. kami ni berjiran dan classmate dengan aku pulak tu.. jadi kami ni agak rapat.. 


suatu hari, lepas habis solat and kebanyakan jemaah dah pun balik, kami tak kisah balik lambat pun. yelah, rumah dekat je kan.. jadi lepaklah dekat masjid tu sampai semua jemaah beransur2 balik.. taknak berebut keluar punya pasal. jadi, kami pun tunggu je sampai orang tinggal sikit..


then bila kami nak balik, macam biasalah selipar dicari. cari punya cari, langsung tak jumpa. aisehh.. first time selipar kena rembat time pergi solat terawih. nak call ayah Yana ni suruh amik kami.. tapi kami pun time tu mana ada henpon. budak sekolah rendah je.. takda nak pakai hanset macam budak2 sekarang.. jadi nak call ayah Yana ni kenalah jalan kaki sikit pergi public phone. 


dan masa tu kami rasa macam... arghhh.. kena kaki ayam la macam ni. uwaaa! tak pernah2 berkaki ayam jauh2.. mesti orang awam pelik nanti tengok kami berkaki ayam.. huhuhu.. tak pelah, tebalkan jelah muka ni. nasib baik budak lagi. huhuhuh...

akhirnya kami pun sampai ke public phone.. dah siap call ayah Yana semua, beberapa minit tunggu barulah ayah Yana mucul naik moto.. fuhhh.. alhamdulilah. akhirnya selamat jugak sampai rumah tanpa sebarang kecederaan kat kaki. takut jugak kalau2 terpijak paku karat ke, kaca ke.. huhuhu..




mungkin dengan buat macam dalam gambar ni baru selipar tak hilang kot. hahahah.. tapi aku heran, dah sorok kat ceruk2 mana pun tetap hilang.. sapa pulak la yang rembat selipar orang ni. selipar buruk pun nak rembat. dunia2. anda pula bagaimana?


*sumber gambar adalah dari pakcik google


~happy reading and have a nice day!~