Monday, 17 June 2013

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!


Hari ni aku ingat boleh la semak result exam pertengahan tahun aku kat SAPS. bagi siapa2 yang taktau SAPS ni menatang apa, SAPS ( Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ) ni boleh klik kat sini >> http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ <<  merupakan satu sistem yang membolehkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak mereka secara online. zaman sekarang semua online. maklumat di hujung jari katakan. huhuhu...

setakat ni yang aku tau, sistem ni hanya menyediakan semakan bagi pelajar tahun 4, 5 dan 6 untuk sekolah rendah dan tingkatan 3, 4 dan 5 untuk sekolah menengah. sistem ni mula diperkenalkan masa aku tingkatan 3. kiranya tahun aku merupakan batch pertama yang guna sistem tu. bangga jap. hehehe.. tapi tak payah nak bangga sangat la, kalau kengkawan tau no I/C aku,  kawan aku tu pun boleh semak sekali result aku. bahaya betul. karang kantoi lak result exam hancuss. haha...

kalau ikut dalam surat, hari ni boleh tengok. tapi cikgu aku cakap sistem tu still dalam penyelenggaraan dan cikgu pun tak boleh nak key in markah lagi. dia cakap mungkin 30/6 baru boleh guna balik. huhuhu.. terpaksalah tunggu sampai 30/6..  tak tenang hidup aku macam ni. dahlah banyak markah exam aku taktau lagi.. TT____TT


comel pulak aku tengok toyol putih bertopi kuning tu. hahahah..


~All is Well. Happy reading and have a nice day!~

10 comments:

Unknown said...

kita pernah curi2 tgk result adik kita..haha.. nasib baik okay belaka.hoho

Unknown said...

@Nana Liena haa.. kantoi2. hehehe.. alhamdulilah. nasib baik adik nana dapat result okey2.. :DD

Umie Nadhirah said...

canggih betul eh zaman sekarang perghhhhh.

Unknown said...

@Umie Artoqiemie tau takpe... heheheh...

Anonymous said...

acik dah lamo dah ha tggal zaman skolah..haha. Siyes rindu plak ngan ex classmate..raya ni ley ajak reunion ni!

fazaira said...

teknologi dah canggih, yg susah menjadi mudah, jangan bagi mak ayah sedih, jangan bagi mak ayah marah...

hehehe... belajar rajin yer adek manisss...

Unknown said...

@Zai Zaiman betul3. hehehe... sedang berusaha utk belajar rajin2 bagi mak ayah bangga.. :DD

Unknown said...

@Khamsi Abdullah wahh.. buat reunion. best tu.. hehehe.. :DD

Syamimi Saad said...

alahai dik..susah la gitu kan..hbis la kalau ada yang cuba2 nk tgk..

Unknown said...

@Mimie Najib yup. betul tu. tu yg rasa xnk bagi org tgk num i/c tu.. tpi tgk num i/c org nak pulak. hehehe..