Saturday, 13 July 2013

petang sabtu yang mendung dan hujan

Assalamualaikum dan hai...



petang ni cuaca kat kawasan rumah aku di area Cheras agak mendung dan hujan renyai2. tidak seperti petang2 yang sebelumnya yang panas membahang. angin pun tadi kuatnya semacam dan agak menakutkan.. huhuhu..


aku suka tengok pemandangan hujan. rumah aku dekat dengan kawasan2 bukit bukau yang menghijau. bila tengok pemandangan hujan dari rumah aku kat tingkat 2 ni. aku rasa cantik sangat. teringin nak ambil gambar pemandangan hujan kat rumah aku, tapi kamera aku tak berdaya untuk melakukannya.. tak mengapalah Baby, saya tetap sayang awak walaupun awak ada banyak kelemahan.. awaklah yang pertama bagi saya.. hehehe


pada petang yang mendung ni, aku masih berfikir nak makan apa untuk berbuka nanti.. tak ada idealah.. rasanya nak godek2 pakcik Google nak cari resipi yang best2. hehehe... teringin pulak nak makan penkek buatan kakak.. huhuhu...






*sumber gambar adalah dari pakcik Google. 



~happy reading and have a nice day!~

Friday, 12 July 2013

kenangan first time pergi solat terawih selipar kena rembat

Assalamualaikum dan haii...



selipar hilang tiap kali pergi solat terawih. anda pernah mengalaminya? atau memang selalu mengalaminya? aku pernah mengalaminya dulu... first time selipar kena sapu time pergi solat terawih.. waktu ni kalau tak silap masa aku darjah 4-5 macam tulah... huhuhuh



alkisah, jarak masjid dengan rumah aku ni dekat je.. tapi masih perlu melintas2 jalan dan masuk lorong2 kawasan perumahan jugak la.. aku dengan kawan aku ni, Liyana a.k.a Yana namanya, rajin jugaklah pergi solat terawih masa tu.. hehehe.. kami ni berjiran dan classmate dengan aku pulak tu.. jadi kami ni agak rapat.. 


suatu hari, lepas habis solat and kebanyakan jemaah dah pun balik, kami tak kisah balik lambat pun. yelah, rumah dekat je kan.. jadi lepaklah dekat masjid tu sampai semua jemaah beransur2 balik.. taknak berebut keluar punya pasal. jadi, kami pun tunggu je sampai orang tinggal sikit..


then bila kami nak balik, macam biasalah selipar dicari. cari punya cari, langsung tak jumpa. aisehh.. first time selipar kena rembat time pergi solat terawih. nak call ayah Yana ni suruh amik kami.. tapi kami pun time tu mana ada henpon. budak sekolah rendah je.. takda nak pakai hanset macam budak2 sekarang.. jadi nak call ayah Yana ni kenalah jalan kaki sikit pergi public phone. 


dan masa tu kami rasa macam... arghhh.. kena kaki ayam la macam ni. uwaaa! tak pernah2 berkaki ayam jauh2.. mesti orang awam pelik nanti tengok kami berkaki ayam.. huhuhu.. tak pelah, tebalkan jelah muka ni. nasib baik budak lagi. huhuhuh...

akhirnya kami pun sampai ke public phone.. dah siap call ayah Yana semua, beberapa minit tunggu barulah ayah Yana mucul naik moto.. fuhhh.. alhamdulilah. akhirnya selamat jugak sampai rumah tanpa sebarang kecederaan kat kaki. takut jugak kalau2 terpijak paku karat ke, kaca ke.. huhuhu..




mungkin dengan buat macam dalam gambar ni baru selipar tak hilang kot. hahahah.. tapi aku heran, dah sorok kat ceruk2 mana pun tetap hilang.. sapa pulak la yang rembat selipar orang ni. selipar buruk pun nak rembat. dunia2. anda pula bagaimana?


*sumber gambar adalah dari pakcik google


~happy reading and have a nice day!~

Wednesday, 10 July 2013

Dugaan dihari pertama puasa

Assalamualaikum dan hai...




rasa macam sekejap je dah masuk bulan puasa balik..teringat puasa tahun lepas. cepat betul masa berlalu. puasa kali ni seronok sebab adik beradik aku semua balik rumah dan dapat menjalani ibadah puasa bersama2.. hehehe...


hari ni aku rasa tak berapa sihat.. kepala pening2, hidung tersumbat dan badan rasa panas. demam lettew.. waktu sahur tadi elok je. bila dah ada kat sekolah, baru mula rasa macam nak demam. huhuhu.. rasa tercabar sungguh. tapi tabahkan jelah hati ni. mungkin sedikit sebanyak dapat mengajar aku erti kesabaran dan ada orang lagi teruk diberi ujian berbanding aku... mungkin ni jugak sebagai peringatan kepada aku.. sakit tu boleh datang bila-bila masa je. walaupun beberapa jam sebelum tu kita rasa sihat bertenaga. huhuhu...





~selamat menjalani ibadah puasa...~

Monday, 8 July 2013

potong bawang tak rasa pedih.. special @ pelik?

Assalamualaikum dan hai peeps!




rasa macam sekejap je dah nak masuk bulan Ramadhan. tahun ni agak mencabar bagi aku sebab aku kena study lagi hard.. trial hanya beberapa minggu je lepas raya. jadi masa nilah aku kena study hard lagi. dalam pada masa yang sama, aku kena tolong parents aku buat kerja.


 tau kerja aku apa? haaa.. kerja aku potong bawang. kerja la jugak tu kan. hahahaha... parents aku berniaga pulut kuning and rendang.. aku ni lain sikit dalam family aku. aku potong bawang langsung tak rasa pedih kot! haaa.. special tak? special tak? ke pelik...? huhuhuh.. disebabkan itulah, kerja aku hanya potong bawang. tapi kalau orang lain potong bawang depan aku, mata aku rasa pedih pulak. tapi bila aku sendiri yang potong bawang tu, aku langsung tak rasa pedih... itu yang aku pelik tu. hahahah..



mungkin ada hikmah disebalik semua ni. yelah, aku boleh potong berkilo2 bawang tanpa henti (kecuali sebab penat) sebab mata aku tak rasa pedih pun. lagipun potong bawang best apa. hahahaha... aku pun sedang mancari punca kenapa ada orang mata dia tak pedih bila potong bawang.. macam aku. heheheh..


jadi, sepanjang bulan ni aku tak dapat nak ber-blogging dengan giatnya lagi seperti dulu. aku perlu fokus untuk trial yang dah nak dekat ni.. huhuhu





*sumber gambar adalah dari pakcik Google



~happy reading and have a nice day!~

Saturday, 6 July 2013

Psikologist mengatakan

Assalamualaikum dan haiiiii...~




gambar patung tu sekadar hiasan je. heheheh.. hari ni taktau nak update apa.. jalan2 kat pesbuk tadi terjumpa post ni.. Psikologist mengatakan bahawa...


1. apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yang mempunyai jiwa yang sangat sunyi.

2. sekiranya dia seorang yang banyak tidur, dia seorang yang kuat bersedih.

3. apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

4. sekiranya dia sukar mengeluarkan airmata, dia seorang yang lemah.

5. kalau senang menangis meskipun benda yang kecil sahaja, dia seorang yang berhati lembut.

6. dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.


# berusahalah untuk memahami orang lain,selepas kita memahami diri kita sendiri. bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu....




*sumber gambar adalah dari pakcik Google.


~All is Well. Happy reading and have a nice day!~

Thursday, 4 July 2013

kertas dan kehidupan.. pentingkah kertas dalam hidup?

Assalamualaikum dan haii...



kertas. kertas is everywhere and very2 important in our life.. you know why?? eh kenapa tiba2 speaking hari ni? takpelah, memartabatkan bahasa Melayu, memperkukuhkan bahasa Inggeris.. apa salahnya. minta maaflah english aku ni so broken. ohohoho...

Sijil Kelahiran - kertas
Sijil Penghargaan - kertas
Sijil Kelulusan - kertas
Sijil Perkahwinan - kertas
Hasil penulisan dan karya2 agung - kertas
Pasport - kertas
Sijil Perubatan - kertas
Kad2 jemputan - kertas

and the most important and maybe we can't live without this.. DUIT.
Duit - kertas


Kehidupan ini adalah seperti kertas, dilipat, simpan, koyak dan dibuang. Dunia semuanya seperti kertas. Berapa ramai yang bersedih kerana kertasnya, bangga, malu dan gembira kerana KERTASNYA. 



Hanya satu kertas yang DIMILIKI seseorang tetapi TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri, SIJIL kematiannya. Kerana itu BERAMAL sebelum sijil itu dikeluarkan. dan pastikan semua kandungan kertas-kertas tersebut membawa erti dan makna bahagia hakiki melepasi dunia ini...


aku cerita pasal kertas ni sebab kertaslah yang kadang2 buat aku gembira.. gembira sebab dapat result best, dan kadang2 kertas jugaklah buat aku sedih... sekarang ni aku tengah sedih sebab kertas2 dalam wallet aku makin berkurangan.. huhuhu.. :'(





proses membuat kertas. saja letak buat hiasan semata2. selamatkan bumi kita. kurangkan penebangan pokok. hehehe.. 




*Kertas juga merupakan antara sampah yang paling banyak kat atas muka bumi ni... *


~XOXO~

Wednesday, 3 July 2013

sorry sebab buat awak menangis...

Assalamualaikum dan hai...


rasa bersalah dan menyesal masih menyelubungi diri ni walaupun dah dimaafkan..  first time sejak kita berkawan dengan awak, kita tengok awak menangis. maafkan kita sebab dah menyakiti awak sampai awak menangis. janji pasni tak buat lagi. kita kan kawan? huhuhu..


disebabkan rasa bersalah, kita nak buat something untuk bagi kat awak sebagai tanda minta maaf. harap awak sudi terima. terima kasih sebab dah maafkan kita dan masih terima kita sebagai kawan awak walaupun kita dah banyak kali argue, lepas tu baik2 semula, then argue balik dan baik2 semula, then argue lagi sekali dan baik2 semula dalam masa 1 hari..


 awak seorang kawan yang baik dan lembut hati. tapi mana ada kawan yang tak pernah2 ada perselisihan kan? maafkan kita sebab kita bukan seorang kawan yang sempurna. kita pun manusia biasa, sentiasa buat kesalahan..